



sELAMAT dataNG KE dR HIJAMA
DR HIJAMA GROUP SDN BHD no.pendaftaran 202501059429 (1660835-V) merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lebih dikenali dengan jenama DR HIJAMA. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 2 September 2015 di bawah Dr Hijama Health Sdn Bhd dan bertukar kepada Dr Hijama Group Sdn Bhd sebagai sebuah pusat rawatan bekam berkonsepkan “Modern Spa Clinical”.
Konsep ini menggabungkan pendekatan rawatan klinikal yang sistematik dengan suasana moden dan selesa, bagi memberikan pengalaman rawatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan. DR HIJAMA menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan serta pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam setiap prosedur rawatan yang dijalankan.






